16 December 2014

Your Life Your Choice

Man Debating Conscience

Assalamualaikum w.b.t...

Let's straight to the point.. Dalam hidup kita nie kita diberi hak untuk memilih.. Contohnya ada pilih jadi baik ada pilih jadi jahat.. Dari kecik lagi juga kita selalu dikhabarkan tentang syurga dan neraka.. Buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka.. Tapi walaupun kita diberi hak untuk memilh kita still jugak gagal dalam membuat pilihan.. Dan pilihan yang semakin banyak jugak selalunya lagi menyukarkan kita untuk memilih yang mana paling terbaik untuk kita.. And the important thing is when we fail to decide which is good for us, it is not only give bad impact to us but others too.. Haa dah buat keputusan kena pikir orang lain plak kan.? Then you will said "Life is so complicated.!!".. Apa yang complicated sangat tu.? hihi Korang tau tak apa yang menyebabkan sesuatu perkara tu jadi sukar..?? Jawapan dia pemikiran kita.. Macam dulu waktu nak exam math kat sekolah aku rasa benda tu macam susah gila kot sedangkan aku tak masuk lagi exam.. Tak tengok lagi soalan tapi dah pikir susah.. Then apa jadi lepas tu.? Memang tak boleh nak jawab.. Tapi bila masuk je exam BM (Bahasa Melayu) aku rasa senang je.. Sebab apa.? Sebab aku dah set mind aku yang bm senang.. Bahasa ibunda aku je pon.. Alah kena buat karangan je pon.. Bagi la tajuk apa aku dapat jawab.. Sebabnya bila kita dah pikir senang benda tu akan jadi senang and bila kita pikir susah maka susahlah jadinya.. Tengok macam mana pemikiran kita mengawal kita.. The power of mind set.. Padahal setengah orang lebih suka math.. Cakap math senang la.. Kira-kira je pon.. Tak payah nak pikir ayat-ayat meleret macam buat karangan.. See.?? Setiap orang berbeza and cara berfikir pon berbeza.. Senang citer, setiap keputusan yang kita buat untuk kebaikan hidup kita tak semestinya terbaik untuk orang lain.. And keputusan yang terbaik untuk kehidupan orang lain tak semestinya terbaik untuk kita.. Dan adakalanya juga keputusan tu terbaik untuk kedua-dua belah pihak.. Pihak kita mahupun pihak orang lain.. Like ice-cream.. It is have many flavors.. When you like chocolate others may like vanilla and when you like vanilla other may love chocolate.. And sometimes both of you share same flavor.. ^^_

AreQue : Walaupon aku cakap hidup kita adalah pilihan kita.. Pilihan diri sendiri.. Tapi kadang kala tue aku pon still jugak gagal dalam memilih.. Kadang-kadang tu peluang muncul depan mata tapi aku lepaskan.. Menunggu peluang yang lebih baik mungkin.. Walau hakikatnya peluang yang kedua mungkin tak seindah peluang pertama.. Kadang kala aku memilih untuk terus terusan disakiti walau aku tahu hakikatnya luka aku dapat diubati.. >_<

27 November 2014

#KAWAN



Assalamualaikum w.b.t..

Kali aku rasa nak update entry pasal kawan.. Ada antara kita gelar kawan sebagai sahabat, member, or  so on.. Kawan nie ada banyak jenis bukan makanan je ada banyak jenis orang jual taw.. Ada kawan yang dikategorikan sebagai kawan baik, kawan rapat, kawan tak baik and kawan tak rapat.. Ada jenis kawan yang suka tikam belakang kawan sendiri.. Ada kawan yang bila susah je cari kita bila senang lupa kita.. Ada kawan yang suka ambil kesempatan di atas kawan lain. Nie paling terok ada kawan yang jenis macam duit syiling.. Maksudnya depan lain belakang lain.. Kalau yang macam nie memang mintak nak kasi penampar teros.. Nie kawan yang jenis depan kita baik je.. Gaya mengalahkan malaikat ko.. Tapi belakang kita haram.. Mengumpat bagai nak rak.. Perangai lebih terok dari setan.. Susah nak cari kawan yang betol-betol macam kawan.. Bukan nak kawan yang yang perfect mana pon tapi cukup la kalau dia paham kita.. Yela manusia mana ada yang perfect and kalau kita asyik tunggu yang perfect sampai bila pon tak dapat kann.. Dalam hidup nie kalau orang boleh terima kekurangan kita, apa salahnya kita terima kekurangan orang lain.. Istilah kawan nie adalah yang boleh terima baik buruk kawan dia.. Kalau dia buat salah kita betulkan and kalau kita buat salah dia betulkan.. Sepanjang life aku 21 tahun nie macam-macam jenis kawan aku jumpe.. Ada yang ikhlas nak kawan dengan aku, ada yang bila susah baru la nak muncul cari aku.. Ada kawan yang jenis ungkit kebaikan atau pertolongan yang dia pernah bagi.. Pertolongan tak seberapa pon tapi kita nak kena balas jasa dia tu macam kita berhutang duit berjuta-juta kat dia..hahaha Cayalah kau takkan kenal kawan ko sampai kau sendiri dalam masalah.. Masa nie korang boleh tengok kawan korang selama nie yang selalu ada ngan korang tu boleh tolong ke tak.? Bagi aku kawan nie simple je.. Aku jenis boleh kawan ngan semua orang tak kira apa perangai ko.. Tapi sekali dah buat taik ngan aku memang aku ingat la.. Nak kawan balik tu boleh tapi maybe tak sama dengan sebelom nie la.. Like people say "Easy Forgive But Never Forget".. Dalam hidup kita nie kawan jela dengan siapa kita nak and jangan nak benci orang sangat.. Maybe musuh kita boleh jadi kawan baik kita and kawan baik kita boleh bertukar menjadi musuh kita.. Hidup nie bukan selalu kita kat atas kan.. Ada masa ke bawah jugak.. Jadi selama mana ko kat atas tu buat la baik ngan orang-orang kat bawah ko nie.. Mana tahu bila ko kat bawah diorang plak boleh tolong ko.. Bawak ko naik kat atas.. Akan sentiasa ada balasan baik untuk orang yang berbuat baik.. ^_^

Are Que : Aku jenis kawan macam mana.? Aku jenis susah sikit nak jadikan seseorang tu bestfriend aku..hahaha Bukan aku sombong tapi memang aku jenis camtu.. Aku boleh kawan dengan semua orang and rapat ngan semua orang.. Sape kawan baik aku.?? Orang yang satu kepala dengan aku dan boleh terima baik buruk aku.. =)

13 October 2014

Tak Pernah Tahu



Aku yang tak pernah tahu..
Dunia yang semakin menemui jalan buntu..
Mungkin hanya dunia aku..
Bukan juga dunia kamu..
Atau mungkin dunia kau dan aku..
Kita sendiri pun tak tahu...

Setiap hari-hariku yang berlalu..
Sentiasa saja menimbulkan rasa jemu..
Rasanya sudah tidak seindah dulu..
Tidak lagi semanis madu..
Sudah tiada lagi bau..
Untuk aku hidu...

Lalu bagaimana.?
Bagaimana untuk aku mencorakkannya semula..
Untuk mencipta semula rasa..
Untuk mencorak semula bahagia..
Untuk menghilangkan segala dahaga..
Duniaku yang sudah hampir seperti neraka...

Apakah aku yang tidak pernah tahu..
Yang membiarkan angin syurgaku yang berlalu..
Kerana kebodohan ku..
Yang selalu saja dungu..
Yang sering saja memandang enteng akan sesuatu..
Sering saja bersuara bisu..

Dalam kelam cahaya duniawi..
Bagi hati yang berjiwa sepi..
Akukah itu yang sentiasa berasa sunyi..
Seolah-olah dipinggir oleh manusiawi..
Hakikatnya akulah yang sentiasa mengasingkan diri..
Kononnya takut terluka lagi..
Sedangkan aku sudah sering ditikam berkali-kali..
Dikurung dalam kotak besi..
Disuruh berjalan kaki di atas onak duri..

Akukah itu.?
Yang berterusan berpura seolah-olah bisu..
Sedangkan hatiku ingin bersuara merdu..
Mengatakan hakikat sesuatu..
Ataukah mereka yang sentiasa memandang kelu..
Kerna itu adalah duniaku..
Ia juga berkaitan hidupku..
Yang aku sendiri tidak pernah tahu..
Mana yang harus ku utamakan dulu..
Perasan aku ataupun kamu...

Ahh dunia ini sememangnya pelik..
Dunia ku pelik..
Dunia kamu juga pelik..
Penuh dengan semua manusia jelek...

Hanya tinggal satu yang ku tahu..
Rupanya Allah menguji aku melalui kamu..
Ditimpanya aku hujan batu beribu..
Diseretnya aku diatas duri semalu..
Ditimpanya aku dengan kongkrit batu..
Yang ganjarannya tidak pernah ku tahu..
Seisi alam juga belum tentu tahu..
NikmatNya melebihi segala kemampuan pengelihatanku..
Menghilangkan segala rasa buntu..
Seolah-olah hatiku telah mulai disambung satu persatu..

Ini antara Dia dan aku..
Supaya ku kembali bersujud kepada DIA YANG SATU..
Supaya aku berasa malu..
Akan segala nikmat yang selalu diberiNya sejak dari dulu..
Ketika aku masih di dalam rahim ibu...

AreQue : Aku adalah aku.. Setiap coretan ikhlas dari kalbu.. Yang kalian juga mungkin tidak akan pernah tahu.. Dan mungkin selamanya tidak akan pernah tahu.. Cukuplah saja sampai disitu.. o.O

05 October 2014

Puisiku Buatmu (Kakakku)


Sebelum ini aku tak setuju..
Yang akak aku memilih lelaki itu..
Untuk dijadikan suami baru..
Kerana alasan ku yang tidak mahu..
Atau pemikiran ku yang melulu..
Selepas berpikir berminggu-minggu..
Lalu ku buat keputusan yang satu..
Mementingkan kebahagiaan kakakku dulu..
Agar tidak terluka seperti masa lalu..
Bukankah cinta itu perlu..
Untuk hati yang lama membeku..
Agar tidak terlalu kaku..
Tidak keras seperti batu..
Egokah aku mengutamakan kakakku.?
Kerna kakakku cuma satu..
Bukanlah banyak beribu-ribu..
Andai hilang yang satu itu..
Pastilah aku menangis berminggu..
Kerna dia dah macam ibu..
Untuk aku yang yatim piatu..
Biarlah dia bahagia dulu..
Masa depan bukan kita yang tentu..
Kalau sudah jodohnya begitu..
Siapa kita untuk hukum bertalu..
Adik-beradik yang lain aku tak tahu..
Adakah kalian juga bersetuju.?
Buat keputusan pikirlah dulu..
Kita susah bukan orang lain yang bantu..
Cuba fahami isi hati ahli keluargamu..
Jika kau tak mampu orang lain lagilah belum tentu..

Ikhlas :
Siti 
Adik kalian dan kakak kepada Pija 
{^_^}

Are Que : Ore tak kisah sape pon pilihan kak long.. Kalu kak long bahagia ore pon bahagia.. ^_^

26 September 2014

Solat Jumaat (Masjid Jamek)


Assalamualaikum w.b.t..

Tadi sewaktu keluar dengan beberapa orang member menuju ke area Market Centre dekat-dekat dengan Masjid Jamek telah berlangsungnya solat jumaat.. Solat Jumaat adalah kewajiban bagi kaum adam untuk menunaikannya sekali dalam seminggu di setiap-tiap hari jumaat.. Solat Jumaat tu perkara biasa tapi ape yang bestnyer waktu aku lalu dekat kawasan Masjid Jamek tadi, dapat ler jugak tengok kaum adam yang berpusu-pusu untuk menunaikan solat dan yang lagi menjadikannya ohsem ialah dekat kawasan masjid tue penuh dengan jemaah lelaki sehinggakan keluar bahagian masjid.. Ada yang solat atas jalan tar dan tak lupa juga yang solat depan premis tempat berniaga.. Kalau dah dekat Masjid Jamek penuh dengan orang, dekat Mekah (Makkah) mesti lagi ramai orang kan.. Teringin sangat nak tengok suasana penuh orang bersesak-sesak di Masjidil Haram.. Dalam tv pernah la tengok tapi kalau dapat tengok live lagi best kann.. :)


Are Que : Nothing to say.. ^^

Makan Satay



Assalamualaikum w.b.t...

Gambar di atas berkisarkan tiga orang budak hostel yang kelaparan dikala malam bulan mengambang dan ditemani kebosanan tahap gaban telah membuat keputusan untuk keluar makan sate or satay berhampiran dengan hostel mereka yang terletak di area Bangsar dekat dengan NSTP.. (Ayat aku bukan main lagi..hihi) So berjalanlah tiga orang kawan ini menyusur laluan onak yang berliku ditemani hujan rintik-rintik dan angin sepoi-sepoi bahasa untuk sampai di kedai makan yang rupa luarannya macam kedai mamak tapi bukan..^^ Dan gambar di atas menunjukkan yang mereka hepi dapat makan sate.. Kata member aku sate bangsar tapi kalau aku cakap kat korang mesti kompius mana nak cari sate bangsar cos berlambak kedai sate kat Bangsar..hahaha

Are Que : Aku rasa nie first time aku update gambar ngan budak-budak Ubis or member satu Ubis (Unikl Business School).. ^_^ 

19 September 2014

Gathering After 5 Years

(Tiga dara pingitan..^^)

Assalamualaikum w.b.t..

Hai semua..!! Amboih excited noh boleyy update entry..hihi Okey haritu lepas jer aku habis daftar kat UniKL and dah kena pi kem untuk MSR (Minggu Silatulrahim).. Kira macam minggu orentasi a.k.a minggu induksi la or lebih dikenali sebagai orientation week untuk budak-budak baru masuk macam aku nie..hehe  Tapi skang nie aku bukan nak citer pasal UniKL kew apa tapi nak citer apa yang jadi lepas abis MSR.. Takde la penting mana pon citer nie tapi nak citer jugak cos nie blog aku suka hati aku lerr..hahaha Nak kata tak penting tapi macam penting je untuk aku..hihi Lepas abis je MSR aku pi jumpe kawan aku yang elok dok study kat GMI.. Kawan lama nie and ada la dalam lima tahun lebih kitorang tak jumpe.. BFF zaman skola nie beb.. Alang-alang pi jumpe kawan aku tu, aku angkut la sekali pakaian kotor yang berlambak dalam baldi pi basuh sana.. Pakaian yang terkumpul selama minggu MSR and ditambah plak baju kotor yang bawak sebelom daftar kat UniKL.. Yela dah aku pi awal kat KL sebelom daftar katanya nak pi jalan-jalan dulu.. Okey back to the story, lepas sampai kat KTM UKM aku kena tunggu kawan yang lima tahun tak jumpe nie pi amek aku.. Tunggu punya tunggu dia sampai ngan motor dia.. Elok je nampak aku terus sengih macam kerang busuk sambil lambai tangan.. Korang bayangkan dah lima tahun nie kitorang tak jumpe.. Tapi bila dah jumpe tu rasa macam biasa je, macam kelmarin kami jumpe.. Betol la orang kata kalau betol-betol kawan baik lama mana tak jumpe still rasa sama.. Tak macam awkward pon.. Malam tu sorang lagi plak datang.. Nie kira macam betol-betol jejak kasih nie..hohoho Banyak ah jugak citer yang kami sembang.. Yela lima tahun kot terpisah.. Lepas je aku pindah skola abis PMR terus tak jumpe diorang.. Memang la dulu kat ostel kalau nak ikot geng memang lebih lima orang tapi diorang berdua la yang aku rapat sikit lepas terpisah.. Yang lain tue bukan tak rapat tapi kalau jumpe tue mesti la rasa jugak kekokkannye disitu.. Amboih terok ape aku punya bahasa..hahaha Dah jumpe member mesti nak kena snap gambar sikit kan.. Bak kata kawan aku yang sorang tue, selfie come first.. :) 

Alang-alang kat GMI jumpe plak ngan Salleh yang satu hostel dengan kitorang dulu..

Nie waktu lunch nie sempat lagi snap.. Okey yang tudung kelabu tu nama dia Azie n yang tudung hijau macam turquoise tu Mc Kock..hihi

Bergambar depan GMI before keluar..

Nie gambar aku ngan Azie kat The Mines yang terletak kat Serdang.. Mc Kock takde cos kitorang dah terpisah dalam KTM sebab dia nak pi KLIA.. Tergesa-gesa nak balik klate cos nak bertunang katanye..hihi

AreQue : Kalau tengok gambar nie ada rasa macam lima tahun terpisah tak.? Macam tak je kann..^_^

10 August 2014

Klik.. Klik.. Rayer 2014.. ^^


Assalamualaikum w.b.t..

Sempena raya tahun ini kami adik-beradik sepakat untuk mengenakan tema warna merah untuk baju raya tahun ini.. And yang paling penting haruslah bergaya depan kamera, wohooo!!! Hehehehe Biasa la dah kumpul semua adik-beradik raya jela kan kalau tak cuti sekolah.. Cuti sekolah pon belom tentu dapat kumpul camnie k.!? :) Raya juga la nak jumpe ngan sedara mara jauh dan dekat yang dah lama tak bertemu akhirnya dapat jumpe masa raya jer.. So, rugi ler sape yang tak suka sambut raya tue..hohoho ^^_ 










Are Que
"Hari raya hari bersama keluarga,
Jauh dekat raikan bersama,
Lupakan segala sengketa lama,
Tangan dihulur kemaafan dipinta.."

28 June 2014

Salam Ramadhan Al Mubarak (1435H)

(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t..

Pertama sekali nak ucap selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua rakan-rakan tak kira dimana sahaja anda berada.. Harapnya ramadhan kita kali ini lebih bermakna lagi dan semoga kita semua mendapat manfaat dengan kedatangan bulan yang mulia ini.. Salam sayang dari saya dan family.. =)

AreQue : Maafkan segala kesilapan saya sepanjang perkenalan kita.. kosong-kosong ek.! hihi ^_^

15 June 2014

Memory Just Go Away..!!!


            @"""@  ===_/|_
            ( , ' .')")===> ",<
(,,(ö)(ö)
           Bintang Kejoraku..


(> "  " <) (> "  " <)
(  ='o'= )  (  ='o'= )
-(,,)-(,,)-   -(,,)-(,,)-
Aku rindu saat bersamanya..


() " " ().-'"-.,.-'"-.
(    Ã¶  )!  (",)(",)   !
(,,)¥(")".. '-_-'  .."
(,,,)(,,,)  '"-.,.-'"
Sama2 sedang jatuh cinta..


Tetapi sejak akhir2 ini.,.

()*"()
( ,'0')
Aku

     Mula meragui tentang...


          .+""+..+""+.
           '+ CiNtA  +'
             "+. .+"


()""()
('0', )
Dia

.........._Adakah_...........

()""()
('o')(")
(")(")
Janji..

Akan selalu ditepati..??

Tetapi..

   ()*() ()¤()
("( ö, ) ( ö, )")
Andai Sumpah Ini Dimungkiri..

(-_*)(*_-)
Pudarkan ingatanku terhadapnya..

Agar nanti...

,,,, .+'
( , ")
¿_(")")
Aku Tidak Terluka Apabila Bersua Dengannya....

AreQue : Saje suka-suka..hihihi

08 May 2014

Di Suatu Petang.........

Assalamualaikum w.b.t..
Lama sudah tak updated entry maklum la HND student la katakan busy sikit dengan assignment yang berlambak.. Kenapa tajuk di suatu petang.?? Suka hati aku la dah entry blog aku..wakakaka Takde ape pun nak cakap sebenarnya.. Just nak story mory pada petang lepas aku and kengkawan yang takdak keja lepas hantar assignment telah memulakan aktiviti yang tak berapa nak berfaedah sangat.. Nak tau buat apa.? Kitorang main make-up (2x)..hahaha Dah nak hilangkan stress lepas buat assignment kan.. Biasa la tue kalau dah nama budak perempuan mesti la.. Nie sume idea gila kawan aku Saki a.k.a Sakinah Keynah..haha Sume housemate pun join la sekali..hikhik Dah la malas nak citer lebih-lebih korang just tengok la hasilnya kat bawah nie tapi gambar aku jew la..hohoho

(Siap dengan kata-kata lagi you..hihi)

(Merenung masa depan.. :))

(Blur..)


(Looking Forward...)


AreQue : Aku guna ganti nama aku cos aku rasa tue lagi dekat ngan aku.. Siti tue rasa macam awkward sangat..hihi (Nie jela gambar.. Gambar kepala saja, takleh nak tunjuk full cos pakai baju lengan pendek.. Nama pun main make-up kat umah..hehehe) {^_^}

06 April 2014

It's Hard to Say Goodbye...

Paul Anka & Celine Dion – It’s Hard to Say Goodbye



There’s something in your eyes that’s far too revealing

Why must it be like this a love without feelin’
Something wrong with you I know
I see it in your eyes
Believe me when I say
It’s gonna be okay
I told you from the start I won’t be demanding
I won’t be demanding
If you have a change of heart I’ll be understanding
I’ll be understanding
When love becomes a broken heart and dreams begin to die
Believe me when I say
We’ll work it out some way
I’ll never try to hold you back
I wouldn’t try controlling you
If it’s what you want
It’s what I want
I want what’s best for you
And if there’s something else that you’re looking for
I’ll be the first to help you try
Believe me when I say
It’s hard to say goodbye
We’ve lost that loving touch we used to feel so much
I try to hide the truth that’s in my eyes
The love without feeling
But when I feel we’re not in love, I know I’m losing you
Believe me when I say
We’ll work it out some way
I’ll never try to hold you back
I wouldn’t try controlling you
If it’s what you want
It’s what I want
I want what’s best for you
And if there’s something else that you’re looking for
I’ll be the first to help you try
Believe me when I say
It’s hard to say goodbye
Don’t say goodbye
If it’s what you want
It’s what I want
I want what’s best for you
I’ll never try to hold you back
I wouldn’t try controlling you
If it’s what you want
It’s what I want
I want what’s best for you
And if there’s something else that you’re looking for
I’ll be the first to help you try
Believe me when I say
It’s hard to say goodbye
I’ll never try to hold you back
I wouldn’t try controlling you
If it’s what you want
It’s what I want
I want what’s best for you
And if there’s something else that you’re looking for
I’ll be the first to help you try

AreQue : It's hurt to say goodbye to someone that I really love but it is the best way for both of us to move on.. -_-

20 February 2014

Butanya Aku..

http://sitisteady.blogspot.com/

Sungguh indah cara Mu
Sungguh rapi aturan Mu
Kau beri peringatan dikala aku kealpaan
Kau uji agar aku kembali kepada fitrah Mu

Tetapi aku...
Seringkali lupa kepada Mu
Seringkali bongkak dengan cara ku
Saat aku diuji olehmu
Aku mengeluh lalu menjauh dari Mu
Ku katakan yang aku lemah
Tetapi...
Engkau tunjukkan aku
Bahawa setiap hamba yang diuji berdasarkan kemampuaannya
Kemampuannya untuk menanggung ujian daripada Mu
Kau berikan jalan
Kau tunjukkan penyelesaian
Kau berikan aku pilihan

Lalu aku bersyukur
Meminta serta memohon kepada Mu
Supaya ditetapkan hatiku
Dijadikan aku hamba yang bersyukur
Akan segala nikmat kurniaan Mu

Ya Allah!! Butakah aku andai selama ini seringkali ingkar pada arahan Mu.. Seringkali ingkar dengan perintah Mu.. Seringkali takbur dengan nikmat Mu.. Lalai ketika diuji dengan kesenangan.. Mengeluh kala diuji dengan kesempitan.. Butakah aku kerana tidak mengsyukuri segala nikmat pemberian Mu.. Sememangnya butanya aku kerana menzalimi diri sendiri.. Butanya aku tidak mencari apa yang dijanjikan oleh Mu.. Butanya aku.. Butanya aku.. Butanya aku.. 

AreQue : Saat kita merangkak menuju ke arah Allah s.w.t maka DIA berjalan ke arah kita.. Dan saat kita berjalan ke arah Allah s.w.t maka  DIA akan berlari ke arah kita..


16 February 2014

Ku Pilih Hatimu


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintaimu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Setiap nafasku 
Hembuskan namamu
Sumpah mati
Hati ingin memilihmu 
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati...

Are Que : Lagu yang sangat bermakna.. Love this song so much..!! ^_^

28 January 2014

Puisi Rahsia Hati


Ku mendongak memandang langit...
Langit kelihatannya tenang sekali...
Lalu ku pandang padanya awan...
Awan diam bagaikan membeku...
Beku seperti hatiku saat ini...
Aku terus memerhatikan langit...
Yang sedari tadi masih diam tidak berkutik...
Semakin lama kurasakan seperti iri hati...
Melihat kepada ketenangannya...
Ketenangan yang tidak sama seperti hatiku...
Jiwaku semakin bergelodak...
Kerana terlampau memikirkan sesuatu yang aku sendiri pun tidak tahu...
Ku imbas kembali apa yang terjadi...
Sepanjang hidupku di muka bumi...
Ciptaan Allah Tuhan yang Ilahi...
Satu persatu terlayang di tubir mata...
Bagai mengingatkan bahawa aku hidup sudah begitu lama...
Mungkin juga tidak lama dengan tempoh 20 tahun itu...
Otakku semakin menerawang jauh...
Jauh... Jauh... Dan semakin jauh.....
Hatiku hilang...
Jiwaku juga begitu...
Aku semakin merasakan kesunyian bagaikan menghimpit diri...
Hatiku....
Terasa semakin kosong...
Aku seorang anak muda...
Masih mencari makna arah tujuan hidupku...
Dalam melangkah ada tersasar..




"Ya Allah...
Bimbinglah anak muda ini..
Pahalanya tidak seberapa..
Dosanya mungkin berganda..
Hanya mengharap belas dariMu..
Lindungilah dia..
Bantulah dia..
Sedarkanlah dia..
Tunjukkan dia Dosa dan Pahala...
Ingatkan dia tentang ganjaran Syurga dan Balasan Neraka.."


Are Que
5.45 pm
25 January 2014

"Tiada Yang Kekal Melainkan Allah S.W.T"


AreQue : Aku adalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. Sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.. Tegurlah aku kala aku melakukan kesilapan bukan menghukum.. Puisi ini adalah berkisar apa yang terbuku di hati ini.. Ya aku anak muda yang masih mencari tentang arah tujuan hidup aku.. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan hidupku ini..

20 January 2014

Sekeping Hati


Assalamualaikum w.b.t....  Pernah dengar orang cakap pasal harga atau nilai sekeping hati.? Orang cakap hati nie sangat tinggi nilainya.. Kalau dah nilai dia tinggi mesti la ianya amat penting untuk manusia..  Betapa bagusnya kalau semua orang menghargai nilai hati mereka dan juga reti menilai hati orang lain.. Hati yang suci hati yang tidak pernah dinodai dengan kemaksiatan.. Macam lagu nasyid dari kumpulan Saujana yang bertajuk "Suci Sekeping Hati"..

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Haritu waktu cuti semester break.. Pernah dengar ceramah ustazah tue cakap dalam tazkirah dia.. Bahawasanya apabila kita mendengar sesuatu yang baik contohnya seperti mengajak kita untuk meninggalkan kemungkaran serta mendekati jalan kebaikan dan kita rasa tersentuh.. Itu bermakna hati kita masih hidup cuma mungkin kita tergolong dalam kalangan hati yang sakit.. Hati yang sakit boleh diubati dengan mendengar tazkirah,motivati, baca Al-Quran serta mendampingi orang-orang yang soleh.. Mungkin dengan cara itu dapat menarik kita ke arah kebaikan..  Tetapi jika kita sedikit pun tidak tersentuh (hati kering) itu bermakna hati kita telah mati.. Susah untuk mengembalikan hati yang telah mati.. Banyak faktor boleh membuat hati kita sakit.. Sesungguhnya manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.. Mungkin mudah untuk kita tersasar dari landasan kehidupan..

AreQue : Kadang-kadang akal bertanya dimana letaknya kedudukan hati ini.. Nurani memberitahu bahawa mungkin aku tergolong dalam kalangan hati yang sakit.. Minda cuba mengiyakan.. Akal yang waras pula mengatakan bahawa aku belum terlambat.. Sesungguhnya memilih jalan kebenaran itu lebih sukar.. Tapi apakan daya.. Jalan kebenaran yang penuh kesukaran itu dilimpahi dengan ganjaran kebahagiaan.........

_____________¶____¶_______________________________ ____________¶¶____¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶___¶¶¶_______________________________ ___________¶¶___¶¶________________________________ ___________¶¶_¶¶__________________________________ ___________¶¶¶____________________________________ ____________¶¶____________________________________ _____________888¶¶________________________________ ____________¶¶¶_8¶¶_______________________________ ____________¶¶¶¶_88¶______________________________ _____________¶¶¶8_88¶_____________________________ _____________8¶¶¶8_88¶____________________________ ______________¶¶¶¶__888___________________________ ______________¶¶¶¶¶_88¶8__________________________ _______________¶¶¶¶¶_88¶8_________________________ ________________¶¶¶¶8_88¶8________________________ ________________¶¶¶¶¶__88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶_88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶¶_88¶_______________________ ________________¶¶¶¶¶¶¶8_88¶______________________ ______________8¶88¶88¶¶¶8_¶8¶_____________________ ______________¶¶_8¶¶¶¶¶¶¶_8¶8¶8___________________ ______________8¶8_8¶¶¶¶¶¶¶8¶¶8¶¶__________________ _______________¶¶_8¶¶8¶¶¶¶88¶¶8¶¶8________________ ____________8888¶¶¶¶¶88¶¶8¶88¶¶¶¶8________________ _________8888_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8¶__¶¶¶_________________ ________8_8888__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________________ _______8_888_888___888¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ ______8__8¶8__¶¶8_____88¶¶¶¶¶¶8___________________ _____¶¶8888888__8888____8¶¶¶¶¶¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶88¶8___8¶¶88_8¶¶¶¶¶8¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8_____________________ _____¶¶¶8¶¶¶¶8__888¶¶888¶¶¶¶¶¶____________________ ______¶¶¶¶888¶8_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___________________ _______¶¶¶¶888¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ _______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8___¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶_________________ ______8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶88¶¶¶¶¶¶¶¶8_______________ ______¶8¶¶¶¶¶¶¶¶8______¶¶¶¶¶¶8888¶¶8______________ _____8¶8¶¶¶8¶¶¶¶________¶¶¶888__8888¶8____________ ____8¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶________8¶8__88____888¶8__________ ___88_88¶¶¶¶¶¶¶__________88__888______88¶8________ __88______888¶____________8____88________8¶8______

"Aku sentiasa ingat tangan mana yang sambut aku ketika aku jatuh dan aku tak pernah lupa kaki mana yang pijak aku sampai aku jatuh..!!"