07 February 2021

Header Change? (Random Post & Comeback)

 Assalamualaikum w.b.t..

Hi readers! Masihkan ada yang sudi membaca setiap bait tulisan yang saya nukilkan di dalam blog ini? Maaf sekiranya setiap posting semakin hambar dimata kalian semua. Selepas hampir 2 tahun lebih saya menyepikan diri tanpa ada sebarang posting berikutan kekangan masa yang semakin menghimpit antara saya dan juga blog ini. Semakin bertambahnya usia semakin berkurang masa yang terluang saya rasakan.

Terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa blog @ website ini ditubuhkan atas dasar suka-suka atau mengisi masa lapang saya. Blog ini juga ditubuhkan sejak saya di bangku sekolah. Atas dasar minat membaca dan suka menulis sewaktu kanak-kanak. Minat ini masih tersemai di dalam diri saya sehingga sekarang walaupun aktiviti menulis ini tidaklah serancak seperti zaman sekolah dulu. Blog ini adalah blog personal saya untuk meluahkan atau berkongsi rasa hati ketika jatuh dan bangun saya. Saya begitu menyayangi blog ini seperti nyawa saya sebab disini saya boleh menjadi diri saya sendiri. Saya bebas berkongsi atau menulis apa yang terpendam di hati ini.

Berikutan tajuk posting kali ini iaitu "Header Change?", kenapa saya menukar nama di main header setelah bertahun-tahun menggunakannya? Okay let's proceed, seperti anda semua sedia maklum. Blog ini ditubuhkan ketika saya dibangku sekolah. Namanya juga seakan-akan kebudakan, tetapi itulah diri saya dibangku sekolah dulu. Seorang yang adakalanya bersifat kebudakan dan tidak matang. ;) Header sebelum ini ialah "Siti Steady" nama saya sendiri. Tetapi kali ini saya menukarkannya kepada "Teratak FS" iaitu gabungan nama saya dan suami.

Dah kawin? Yes I am. Penghujung tahun 2020 yang lalu, saya telah selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihan hati. Sebetulnya memang ramai sahabat handal yang saya tidak maklumkan tentang perkahwinan saya berikutan majlisnya diakan secara tertutup. Majlis asal juga terpaksa dibatalkan berikutan kes Covid-19 semakin meningkat ketika itu. Walaupun PKP belum dilaksanakan ketika itu, tetapi pihak saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan majlis resepsi kawin kami bagi mengelakkan tercetusnya kluster baru. Hanya majlis akad nikah sahaja yang diteruskan seperti plan asal. Akad nikah juga dibuat secara tertutup di Pejabat Agama Islam Manjung.

Okay. Berbalik kepada posting asal. Main header blog ini iaitu "Siti Steady" telah ditukarkan secara sahnya kepada "Teratak FS" iaitu gabungan nama saya dah suami. Dan blog ini juga masih berbentuk personal. Buat masa sekarang, hanya nama header sahaja yang ditukar tetapi blog address atau url masih menggunakan  nama yang sama iaitu https://sitisteady.blogspot.com . Kalau ikutkan saya juga mahu menukarkannya kepada 'Teratak FS' tetapi terdapat masalah teknikal untuk menukarkan kepada nama tersebut. InsyaAllah sekirannya takda halangan, alamat blog ini juga akan ditukarkan kepada Teratak FS. Oh ya, sebelum saya lupa iaitu berkaitan dengan nama author atau nickname author juga telah ditukarkan kepada "TFS Owner" berbeza dengan nama lama iaitu "Siti Steady".

Untuk yang masih setia bersama menemani jatuh bangun saya selama ini samaada di dalam blog ini mahupun diluar saya ucapkan terima kasih.


Terima Kasih.

_____________¶____¶_______________________________ ____________¶¶____¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶___¶¶¶_______________________________ ___________¶¶___¶¶________________________________ ___________¶¶_¶¶__________________________________ ___________¶¶¶____________________________________ ____________¶¶____________________________________ _____________888¶¶________________________________ ____________¶¶¶_8¶¶_______________________________ ____________¶¶¶¶_88¶______________________________ _____________¶¶¶8_88¶_____________________________ _____________8¶¶¶8_88¶____________________________ ______________¶¶¶¶__888___________________________ ______________¶¶¶¶¶_88¶8__________________________ _______________¶¶¶¶¶_88¶8_________________________ ________________¶¶¶¶8_88¶8________________________ ________________¶¶¶¶¶__88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶_88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶¶_88¶_______________________ ________________¶¶¶¶¶¶¶8_88¶______________________ ______________8¶88¶88¶¶¶8_¶8¶_____________________ ______________¶¶_8¶¶¶¶¶¶¶_8¶8¶8___________________ ______________8¶8_8¶¶¶¶¶¶¶8¶¶8¶¶__________________ _______________¶¶_8¶¶8¶¶¶¶88¶¶8¶¶8________________ ____________8888¶¶¶¶¶88¶¶8¶88¶¶¶¶8________________ _________8888_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8¶__¶¶¶_________________ ________8_8888__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________________ _______8_888_888___888¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ ______8__8¶8__¶¶8_____88¶¶¶¶¶¶8___________________ _____¶¶8888888__8888____8¶¶¶¶¶¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶88¶8___8¶¶88_8¶¶¶¶¶8¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8_____________________ _____¶¶¶8¶¶¶¶8__888¶¶888¶¶¶¶¶¶____________________ ______¶¶¶¶888¶8_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___________________ _______¶¶¶¶888¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ _______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8___¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶_________________ ______8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶88¶¶¶¶¶¶¶¶8_______________ ______¶8¶¶¶¶¶¶¶¶8______¶¶¶¶¶¶8888¶¶8______________ _____8¶8¶¶¶8¶¶¶¶________¶¶¶888__8888¶8____________ ____8¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶________8¶8__88____888¶8__________ ___88_88¶¶¶¶¶¶¶__________88__888______88¶8________ __88______888¶____________8____88________8¶8______

"Aku sentiasa ingat tangan mana yang sambut aku ketika aku jatuh dan aku tak pernah lupa kaki mana yang pijak aku sampai aku jatuh..!!"