07 September 2015

Akal dan Manusia


< Sekadar gambar hiasan.. ;) >

Assalamualaikum w.b.t..

Entri kali ni tentang benda yang paling dekat dengan kita.. Yang paling normal.. Yang semua orang ada.. Apa.? A.K.A.L.. Tentunya semua orang normal macam kita mempunyai akal.. Kurniaan yang terindah daripada Allah s.w.t kepada semua makhlukNya yang bernama manusia.. Kau dan aku manusia.. Kita sama-sama memiliki akal waras untuk memikirkan hal yang boleh mendatangkan kebaikan mahupun keburukan terhadap diri kita.. Sebab tu manusia dikatakan sebaik-baik makhluk di muka bumi ni yang diciptakan berbanding makhluk lain.. Contohnya apa persamaan kita dengan haiwan.? Otak.. Manusia ada otak, haiwan pun ada otak.. Apa yang membezakan kita dengan haiwan.? Sudah tentunya akal.. Tetapi kenapa manusia yang dikatakan istimewa bahkan tinggi darjatnya daripada makhluk lain tidak pandai memainkan fungsi yang ada dalam diri mereka, yang telah diaturkan Ilahi sejak dari azali.. Benda lazim yang kita selalu dengar orang tanya or keluar sendiri dari mulut kita.. "Kenapa manusia ada akal tapi taknak pakai.?".. Tak tahu la nak kata kalimah ni ditujukan buat orang lain mahupun diri sendiri.. Sebab kita sendiri pun manusia.. ^^_ Memang lumrah kita sebagai manusia, semua benda nak dipersoal.. Kita persoalkan kenapa kita perlu buat macam ni.. Kenapa orang tu buat macam tu.. Kalau diikutkan semua benda kita nak pertikai.. Kenapa dia kawin dengan orang ni dan dia tu kawin dengan orang tu.. Kawin lama tak dapat anak.. Baru kawin dah dapat anak, bunting pelamin ke.? Akal ni punya la cantik Tuhan bagi tapi kenapa susah sangat kita nak guna.. Waras kawan-kawan.. Gunakan akal yang waras dalam kehidupan.. Semua yang jadi bersebab.. Perbuatan yang manusia sering saja gagal dalam menggunakan akal ialah hal yang berkaitan percakapan.. Kadang kala begitu senang sungguh kita menguris hati orang sekeliling kita dengan menggunakan lisan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut insan atau makhluk yang mempunyai akal.. Kadang benda nampak simple tapi besar kesan dia.. Maaf ada yang terasa.. Takpa aku hadiahkan sebuah puisi khas untuk semua yang berakal.. Untuk semua.. Siapa.? Kita semua.. {^_^}

Untuk Yang Berakal

Untuk kau yang bijak pandai..
Yang ada akal tetapi tidak diguna pakai..
Kenapa harus semua benda nak kau pertikai.?
Akibat marah, kasih sayang sanggup kau gadai..

Aku hanya sekadar berpesan..
Membuat sesuatu harus pikirkan..
Baik buruk tetap harus dipikirkan..
Agar tidak menyesal dikemudian..

Memanglah tak mampu ku tutup mulut orang..
Walau yang bersembang satu kandang..
Yang bercakap semua nak kencang..
Yang dulunya akrab, kini dah renggang..
Aduhai sayang..
Rasa hormatku dah kian hilang..

Untuk yang terasa..
Maaf ku pinta..
Entri ini bersifat general saja..
Sekadar meluah rasa..

Aku memendam sejak sekian lama..
Aku hanya diam tidak berkata..
Walaupun hatiku tercarik juga..
Melihat orang yang aku sayang terluka..

Aku ini hanya manusia..
Manusia biasa..
Sabar aku pun tahan lama mana..
Dijentik berkali, melenting juga..

Are Que,
7 September 2015
10.53 p.m

10 July 2015

24 June 2015

Tuhan.. Dakap Aku Dalam Gelap..

http://sitisteady.blogspot.com

Dunia aku dah makin kelam..
Jiwa ini pon sikit lagi nak padam..
Mungkin kalau dibiarkan boleh tinggal kenangan..
Kenangan yang terpisah dari jasad badan..
Dari akal pemikiran..
Semuanya milik Tuhan..

Bijak pandai berkata yang kita tidak mampu mengubah insan..
Benar Tuhan..
Diri ini sendiri pun masih belum bisa mengikut telunjuk tuan badan..
Bila akal kata ia, hatiku pula kata jangan..

Tuhan..
Mereka minta aku mencari kawan..
Sebagai peneman tatkala tertekan..
Tetapi Tuhan..
Merekalah kawan..
Merekalah teman..
Yang sentiasa menyimbah bibir ini dengan senyuman..

Ya Tuhan..
Benarkah kenangan mampu mendakap aku yang kesepian.?
Yang sering ditinggalkan tanpa pesan..
Tetapi Tuhan..
Mengapa kenangan tidak sedikit pun mengurangi bebanan..
Malah makin bertambah dengan semua persoalan..
Adakalanya timbul dengan soalan yang bukan-bukan..

Aku tidak mahu lagi didakap kenangan..
Kalau bisa dipadamkan segala sisa kenangan..
Lesapkan seluruh ceruk ingatan..
Walaupun tentang orang yang aku sayang..

Tuhan..
Hanya dakapan kasih Mu yang aku mahukan..
Terlindung di bawah naungan milik Mu Tuhan..
Dakaplah aku selalu Tuhan..
Hatta dalam gelap mahupun terang..
Kerana aku tidak mampu lagi hidup dalam kepuraan..
Dikelilingi oleh manusia bertopeng syaitan..
Yang sering saja menolak aku jatuh ke dasar lautan paling dalam..
Dibiar mati lemas hampir berzaman...

Are Que ,
23 June 2015
3.56 a.m

22 March 2015

Hangout with Friends

(Batu Cave)

Assalamualaikum w.b.t..

(#Throwback)

Batu cave.? Macam mana boleh ada kat sini.? Hahaha.. Biasa la kalau dah takde kelas haruslah keluar jalan-jalan.. Nak plak ada keta memang tak lekat kat umah lerr.. ;) Yang aku and housemate aku datang sini bukan sebab nak jalan-jalan sangat pon.. Kitorang just teman si Tehah siapkan task untuk assaignment dia yang berkaitan dengan tamadun India.. Terlanjur dah sampai kat sini selfie la ape lagi..hihihi Punye la banyak tangga nak kena daki untuk sampai kat atas.. Ada la beberapa kali berhenti tarik nafas nak boleh sampai atas tu.. Pancit lama tak joging..haha Dulu ada la jugak keluar joging dengan Aten dekat area hostel tu bila tiba hujung minggu.. Yang paling kesian Emy sampai mengigil-gigil kali daki tangga Batu Cave nak sampai atas..haha Nasib ada Ika boleh pimpin dia.. ^.^ Last picture tu kitorang pegi PD.. Last minute plan.. Pergi melawat pantai kat sana..huhu ^^_

(Batu Cave)

(Batu Cave) 

(Port Dickson)

Are Que

Ada masa nanti kita keluar lagi yer kawan-kawan.. Tapi waktu tu aku dah dapat elaun mara aku la sebab aku sorang je lagi belom masuk-masuk lagi elaun.. Berjanggut tunggu.. -..-

12 March 2015

Jangan sombong


Bila kaya kononnya kaulah raja..
Orang miskin dianggap hamba..
Tapi bila kau dah papa kedana..
Mulalah mencari yang Maha Kuasa..
Merangkak-rangkak meminta-minta..
Merayu atas segala dosa...

Kau lupa dulu kau siapa.?
Tengok orang pon jijik segala..
Aduhai orang kaya..
Kau lupa rezeki dari mana.?
Kalau tak kerana yang Esa..
Kau juga belum tentu dapat kecapi nikmat sedia ada...

Oh manusia..
Kita cepat lupa bila kita di puncak singgahsana..
Yang kita nampak hanya keagungan mahkota mulia..
Sedangkan yang di bawah kita pula..
Berebut-rebut mencari sisa yang masih ada..
Ada sampai merayu belas dari sesiapa saja..
Ada yang sampai meminta-minta di setiap ceruk jalan raya..
Penuh juga di kaki lima..
Ada segelintirnya pula seolah memaksa..
Katanya mereka sudah berhari berpuasa...

Oh dunia..
Betapa besar perbezaan miskin dan kaya..
Kata orang kita..
Yang kaya makin kaya..
Sedangkan yang miskin makin papa kedana...

Mahu diubah bagaimana.?
Sebab kita nie manusia biasa..
Terkadang lupa nikmat yang kita ada..
Kerna akal tamak dah mula beraja..
Disegenap pemikiran kita... 


Are Que.
Isnin.
12.55 a.m.
3 November 2014.


AreQue : Hidup nie kalau sombong tak kemana jugak.. Lain la kalau kau boleh bungkus Mercedes, BMW or umah banglo bertingkat ko tu masuk dalam lubang kubur sekali.. Catatan puisi ringkas untuk reflection pada diri aku sendiri supaya aku sentiasa ingat amalan menyombong diri nie tak membawa sebarang kebaikan pon untuk diri.. ^_^ (Tak ada kena mengena antara yang hidup mahupun meninggal dunia..^.^ )

31 January 2015

Always Like This..!!


Nothing to say.. -_-

Abam Masuk Sekolah (Darjah 1)


Assalamualaikum w.b.t..

Dah besar anak sedara achik nie yer.. Pejam celik pejam celik dah darjah satu.. Makin hensem n makin tinggi dah.. Achik harap abam berjaya dalam hidup abam and sentiasa ingat jasa umie abam dalam membesarkan abam.. Hiduplah dalam kegembiraan and jangan bersedih.. Abam anak baik.. Abam jer anak sedara achik ada.. Semoga membesar jadi anak yang soleh.. {^_^}

Khas untuk Nik Ahmad Mikhaeil...

Lahirnya satu ketika..
Membawa sinar dalam keluarga..
Hanya satu tiada dua..
Anak tunggal dalam keluarga..
Membesar bersama bonda..
Diberi kasih sayang secukupnya..
Dari kami sekeluarga...

Membesarlah abam menjadi insan berjaya..
Tunjukkan akhlak yang mulia..
Jadilah anak soleh permata keluarga..
Jangan lupa asal usul kita..
Janganlah abam tergoda dengan racun dunia..
Ia tak membawa kemana-mana..
Selagi ada iman didada..
Achik yakin abam mampu mengatasinya..

Are Que : #AchikSayangAbam

Moments at The End of 2014


Assalamualaikum w.b.t..

Dah sebulan masuk tahun 2015 aku baru je nak updated ape yang jadi sepanjang tahun 2014..hahaha Tahun baru azam baru.? Tak lah azam sama je sebab tak tercapai pon lagi..hahaha Tak banyak benda yang tersemat di ingatan untuk tahun lepas.. :) Mungkin lebih kepada kenangan aku masuk ubis and dapat kenal ngan kawan-kawan baru.. Especially dapat jumpe balik kawan lama yang dah lima tahun terpisah.. ^^ Berakhirnya semester satu dekat ubis.. Entri kali nie takde la aku nak membebel panjang-panjang sampai berjela-jela.. Just nak share some moment yang jadi dalam hidup sepanjang tahun 2014.. (Tengok cakap pon ntah pape dah bahasa aku..haha) Hope tahun 2015 lebih banyak benda baik yang jadi and apa yang jadi sepanjang 2014 tu sebagai pengajaran untuk diri aku.. Hidup mesti sentiasa bergerak ke depan.. Teruskan berjalan di bumi Tuhan menimba pelbagai pengalaman.. Aku adalah aku dan sentiasa akan menjadi aku.. ^_^

(Jumpe kawan lama setelah lima tahun menghilang.. ^.^)

(Keluar makan satey dekat area Hostel JT)

(Dinner Time - Burger King)

(After Exam at Mid Valley n Dataran Merdeka with Roomates)

(Lunch Ayam Penyet.. Yummy..^^_)

(Beautiful night at Jalan TAR)

(Sogo vs Jalan TAR with Che Nurul Athirah and her friends)

Are Que : This is some quotes that I want share.. Why.? Because I really love quotation.. ;) 

"I cannot even imagine where I would be today were it not for that handful of friends who have given me a heart full of joy. Let's face it, friends make life a lot more fun.." - Charles R. Swindoll

"It is one of the blessings of old friends that you can afford to be stupid with them.." - Ralph Waldo Emerson

"Don't walk behind me. I may not lead. Don't walk in front of me. I may not follow. Just walk beside me and be my friend.." - Albert Camus

"When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand.." - Henry Nouwen

"A true friend freely, advises justly, assists readily, adventures boldly, takes all patiently, defends courageously, and continues a friend unchangeably.." - William Penn



_____________¶____¶_______________________________ ____________¶¶____¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶___¶¶¶_______________________________ ___________¶¶___¶¶________________________________ ___________¶¶_¶¶__________________________________ ___________¶¶¶____________________________________ ____________¶¶____________________________________ _____________888¶¶________________________________ ____________¶¶¶_8¶¶_______________________________ ____________¶¶¶¶_88¶______________________________ _____________¶¶¶8_88¶_____________________________ _____________8¶¶¶8_88¶____________________________ ______________¶¶¶¶__888___________________________ ______________¶¶¶¶¶_88¶8__________________________ _______________¶¶¶¶¶_88¶8_________________________ ________________¶¶¶¶8_88¶8________________________ ________________¶¶¶¶¶__88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶_88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶¶_88¶_______________________ ________________¶¶¶¶¶¶¶8_88¶______________________ ______________8¶88¶88¶¶¶8_¶8¶_____________________ ______________¶¶_8¶¶¶¶¶¶¶_8¶8¶8___________________ ______________8¶8_8¶¶¶¶¶¶¶8¶¶8¶¶__________________ _______________¶¶_8¶¶8¶¶¶¶88¶¶8¶¶8________________ ____________8888¶¶¶¶¶88¶¶8¶88¶¶¶¶8________________ _________8888_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8¶__¶¶¶_________________ ________8_8888__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________________ _______8_888_888___888¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ ______8__8¶8__¶¶8_____88¶¶¶¶¶¶8___________________ _____¶¶8888888__8888____8¶¶¶¶¶¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶88¶8___8¶¶88_8¶¶¶¶¶8¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8_____________________ _____¶¶¶8¶¶¶¶8__888¶¶888¶¶¶¶¶¶____________________ ______¶¶¶¶888¶8_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___________________ _______¶¶¶¶888¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ _______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8___¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶_________________ ______8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶88¶¶¶¶¶¶¶¶8_______________ ______¶8¶¶¶¶¶¶¶¶8______¶¶¶¶¶¶8888¶¶8______________ _____8¶8¶¶¶8¶¶¶¶________¶¶¶888__8888¶8____________ ____8¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶________8¶8__88____888¶8__________ ___88_88¶¶¶¶¶¶¶__________88__888______88¶8________ __88______888¶____________8____88________8¶8______

"Aku sentiasa ingat tangan mana yang sambut aku ketika aku jatuh dan aku tak pernah lupa kaki mana yang pijak aku sampai aku jatuh..!!"