18 December 2016

Meramal Masa Depan

https://sitisteady.blogspot.my

Assalamualaikum w.b.t...

Sekiranya manusia mempunyai kelebihan meramal masa depan.. Dunia pastinya menjadi huru hara.. Kerna apa.? Kerana kita mampu memilih apa yang kita mahu mengikut kemahuan sendiri.. Kita boleh buat apa saja yang kita suka.. Kita boleh memilih sesiapa yang kita mahu untuk berada dalam hidup kita.. Hidup semakin bosan.. Sebab semua orang tahu apa yang akan jadi pada hari esok..


Andai saja masa depan bisa kau ramal..
Apa kau masih melakukan kesilapan-kesilapan bodoh seperti semalam.?
Andai saja masa depan bisa kau ramal..
Apa kau lebih menghargai insan-insan yang mendampingi kau selama ini..
Andai saja masa depan bisa kau ramal..
Apa yang ingin kau ubah untuk hari esok.?
Andai saja masa depan bisa kau ramal..
Apa kau pasti tidak adanya dugaan pada masa hadapan..
Andai saja masa depan bisa kau ramal..
Andai saja...
Andai saja....
Dan.. 
Andainya saja..................

Are Que,
5.30 a.m
17 December 2016


17 October 2016

Bila Kebahagiaan Jadi Bahan Buangan

(Not the owner of the picture above..!)


Assalamualaikum w.b.t..

Okayy untuk awak, awak dan awak yang sudi menjengah ke blog ini.. Aku nak tanya.. Adakah duit lebih penting atau kebahagian lagi penting.? Kebahagian di sini yang aku maksudkan adalah tergolong juga dalam kategori cinta, keluarga, sahabat dan apa-apa sahaja yang mampu memberikan kebahagian buat korang.. Money or Happiness..?? Korang pilih yang mana.. Dua-dua..?? hehehe..

Hurm.. Susah ek soalan tu.. :) 

Adakalanya sesetengah dari kita lebih cenderung memilih harta (duit) berbanding kebahagian sendiri.. Ramai juga yang mengatakan harta mampu membeli kebahagiaan.. Betol ke.? Tapi tak semua setuju dengan statement tu.. And lagi satu, korang pernah dengar tak tentang ayat ni " It's true that money can't buy happiness but somehow it's much more comfortable crying in a Porsche than on  a bicycle.. " 

Korang setuju.?

Balik pada tajuk asal entri ni " Bila Kebahagian Jadi Bahan Buangan ".. Korang rasa ia pasal apa.? Cuba tengok balik gambar kat atas tu.. Korang paham tak maksud di sebalik gambar tu.? Simple je yang aku nak cuba sampaikan.. Ada diantara kita yang sanggup bagi or buat apa saja untuk capai sesuatu yang dia nak walau terpaksa gadai benda yang paling dia sayang dalam hidup ni.. Korang rasa benda ni jadi sebab kurangnya rasa kasih sayang dalam diri atau kerana keadaan yang mendesak.? 


"Cuba di fikir fikir.,
Cuba di nilai nilai.,
Walau kita jatuh menjadi fakir.,
Kasih sayang jangan sesekali digadai.,
Bertahun penat jerih kasih diukir.,
Hanya sesaat ditenggelami badai..."


Are Que : "Make it simple, But significant.." - Don Draper

12 August 2016

Baby Girl

1st day..  
(11 Julai 2016)

Assalamualaikum w.b.t..

Setelah lama menanti kehadiran orang baru dalam keluarga NZ.. Akhirnya kehadiran cucu kedua dalam family kami yang diberi nama Nur Jannah Az Zahra.. So, entri kali ni hanya memaparkan gambar-gambar baby girl sahaja..^^_ Saja spam gambar Jannah banyak-banyak..hehehe Lama takda baby dalam family.. Ni kira second anak sedara.. Anak sendiri.? Eh..eh.. hahaha


Nur Jannah Az Zahra

Nur Jannah Az Zahra

Nur Jannah Az Zahra

Nur Jannah Az Zahra



Nur Jannah Az Zahra

.........

(Special Video)

Are Que : Ehem.. ehem.. Abang-abang kesayangan, bila lagi nak berumah tangga..??  {^.^}

26 March 2016

#JODOH


...................



((DeHearty - Permata Yang Dicari))

Janji


Assalamualaikum w.b.t..

Entri kali ini tentang JANJI.. Janji ni begitu mudah untuk "diungkapi" tetapi teramatlah sukar untuk "dimahkotai".. (Ape punye ayat daa..) Benda ni kita selalu buat antara kita sedar atau tak.. Tapi tulah.. Sebab ia nampak macam simple je tu senang atau mudah untuk seseorang menabur janji.. Aku jenis yang takut untuk memberi janji sebab aku takut aku tak mampu nak tunaikan.. Apatah lagi janji yang melibatkan hati dan perasan.. Bukan apa, benda tu macam berat sangat aku nak galas atas bahu ni.. Biarlah orang lain nak cakap apa pun aku tak kisah.. Tapi kalo ikut logik akal la kan.. Kalau kita dah tahu kita tak mampu untuk tunaikan janji kita buat seseorang, buat apa kita nak risikokan diri kita.. Lagi satu memang la janji tu sometimes macam benda remeh untuk sesetengah orang and kadang tu tak beri apa makna pun.. Tapi tahu ke tak dengan janji tu la kadang buat orang frust sampai menonggeng taw.. :) Banyak hati yang hancur hanya sekadar dengan luahan janji.. Okey let me talk based on true story that happen to my friend.. Kawan aku dulu tu kira macam baik la jugak ngan aku and kitorang selalu lepak sama.. Dia ni punya la sopan santun tak macam kawan-kawan aku yang lain.. Nak dijadikan citer dia ada pakwe dah lama jugak kapel camtu.. Diorang ni kira pasangan paling loving habis la kat sekolah.. Sumpah setia becinta bagai nak rak, janji macam-macam nak sehidup semati bagai.. Dipendekkan citer jodoh depa ni tak panjang sebab laki tu kantoi ada perempuan lain.. Cinta bertahun putus camtu je.. And kawan aku ni punya la down giler sampai dah tak join group aku keluar lepak sekali.. Terperap kat umah je menangis siang malam punya la frust.. Tapi nak buat camna kan dah jodoh diorang tak panjang.. Aku ingat lagi dia cakap.. Dia frust bukan sebab laki dia kena rembat ngan girl lain tapi sebab terkenangkan janji-janji yang diorang dah buat sepanjang kapel tuh yang buat dia lagi sedih.. Memang la orang tengah happy, tengah syok bercinta boleh janji macam-macam apa.. Tapi nak buat macam mana dah bukan jodoh kan.. Kadang tu kita kena la ingat jugak, manusia ni boleh aje nak janji macam-macam, nak rancang macam-macam tapi kalau  benda tu tak bergerak dengan perancangan kita.. Apa yang kita mampu buat redha jela.. Sesungguhnya Allah adalah sebaik perancang dan penentu arah tuju kita dalam kehidupan.. Kuncinya sabar.. ^_^ Tapi selagi kita boleh untuk tidak berjanji dengan orang yang kita sayang agar orang tu tak terluka, cubalah.. Tapi kalau janji yang kita buat tu tidaklah menyinggung perasaan sesiapa, maka teruskanlah dengan janji-janji anda semua.. Jangan hanya tahu buat janji manis je kawan-kawan.. ;)

Janji Manis

Janji ni memanglah manis,
Penuh dengan ayat puitis,
Luahan cinta tak habis,
Tapi jangan sampai ada yang menangis..

Janji tu tidaklah aku katakan salah,
Lumrah manusia cuba untuk mengikat kata yang dimadah,
Tapi kalau setakat janji yang diluah,
Terbuktilah engkau hanya pandai dilidah..

Are Que: Masih cuba untuk tidak mengikat janji yang aku tahu aku tidak mampu laksanakan..

22 January 2016

Salam Jumaat

( Image edit from encik google.. ^^_ )


You might be struggling with emotional battles and could be immensely hurt by those you love. You may have had heartbreaks or just felt that this dunya is too overwhelming for you to move on. You are not alone. Everyone at some point or another in their lives goes through exactly the same thing in varying degrees. The pain could be emotional or physical. It could be tangible or intangible. The fastest way to heal a heart that is bruised is to do dhikr. Remember Allah, talk to Him, engage Him in whatever you do because Allah can mend that which you thought could never be fixed! - (cc: Dr. Bilal Philips)

_____________¶____¶_______________________________ ____________¶¶____¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶___¶¶¶_______________________________ ___________¶¶___¶¶________________________________ ___________¶¶_¶¶__________________________________ ___________¶¶¶____________________________________ ____________¶¶____________________________________ _____________888¶¶________________________________ ____________¶¶¶_8¶¶_______________________________ ____________¶¶¶¶_88¶______________________________ _____________¶¶¶8_88¶_____________________________ _____________8¶¶¶8_88¶____________________________ ______________¶¶¶¶__888___________________________ ______________¶¶¶¶¶_88¶8__________________________ _______________¶¶¶¶¶_88¶8_________________________ ________________¶¶¶¶8_88¶8________________________ ________________¶¶¶¶¶__88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶_88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶¶_88¶_______________________ ________________¶¶¶¶¶¶¶8_88¶______________________ ______________8¶88¶88¶¶¶8_¶8¶_____________________ ______________¶¶_8¶¶¶¶¶¶¶_8¶8¶8___________________ ______________8¶8_8¶¶¶¶¶¶¶8¶¶8¶¶__________________ _______________¶¶_8¶¶8¶¶¶¶88¶¶8¶¶8________________ ____________8888¶¶¶¶¶88¶¶8¶88¶¶¶¶8________________ _________8888_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8¶__¶¶¶_________________ ________8_8888__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________________ _______8_888_888___888¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ ______8__8¶8__¶¶8_____88¶¶¶¶¶¶8___________________ _____¶¶8888888__8888____8¶¶¶¶¶¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶88¶8___8¶¶88_8¶¶¶¶¶8¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8_____________________ _____¶¶¶8¶¶¶¶8__888¶¶888¶¶¶¶¶¶____________________ ______¶¶¶¶888¶8_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___________________ _______¶¶¶¶888¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ _______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8___¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶_________________ ______8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶88¶¶¶¶¶¶¶¶8_______________ ______¶8¶¶¶¶¶¶¶¶8______¶¶¶¶¶¶8888¶¶8______________ _____8¶8¶¶¶8¶¶¶¶________¶¶¶888__8888¶8____________ ____8¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶________8¶8__88____888¶8__________ ___88_88¶¶¶¶¶¶¶__________88__888______88¶8________ __88______888¶____________8____88________8¶8______

"Aku sentiasa ingat tangan mana yang sambut aku ketika aku jatuh dan aku tak pernah lupa kaki mana yang pijak aku sampai aku jatuh..!!"