Aku yang tak pernah tahu..
Dunia yang semakin menemui jalan buntu..
Mungkin hanya dunia aku..
Bukan juga dunia kamu..
Atau mungkin dunia kau dan aku..
Kita sendiri pun tak tahu...
Setiap hari-hariku yang berlalu..
Sentiasa saja menimbulkan rasa jemu..
Rasanya sudah tidak seindah dulu..
Tidak lagi semanis madu..
Sudah tiada lagi bau..
Untuk aku hidu...
Lalu bagaimana.?
Bagaimana untuk aku mencorakkannya semula..
Untuk mencipta semula rasa..
Untuk mencorak semula bahagia..
Untuk menghilangkan segala dahaga..
Duniaku yang sudah hampir seperti neraka...
Apakah aku yang tidak pernah tahu..
Yang membiarkan angin syurgaku yang berlalu..
Kerana kebodohan ku..
Yang selalu saja dungu..
Yang sering saja memandang enteng akan sesuatu..
Sering saja bersuara bisu..
Dalam kelam cahaya duniawi..
Bagi hati yang berjiwa sepi..
Akukah itu yang sentiasa berasa sunyi..
Seolah-olah dipinggir oleh manusiawi..
Hakikatnya akulah yang sentiasa mengasingkan diri..
Kononnya takut terluka lagi..
Sedangkan aku sudah sering ditikam berkali-kali..
Dikurung dalam kotak besi..
Disuruh berjalan kaki di atas onak duri..
Akukah itu.?
Yang berterusan berpura seolah-olah bisu..
Sedangkan hatiku ingin bersuara merdu..
Mengatakan hakikat sesuatu..
Ataukah mereka yang sentiasa memandang kelu..
Kerna itu adalah duniaku..
Ia juga berkaitan hidupku..
Yang aku sendiri tidak pernah tahu..
Mana yang harus ku utamakan dulu..
Perasan aku ataupun kamu...
Ahh dunia ini sememangnya pelik..
Dunia ku pelik..
Dunia kamu juga pelik..
Penuh dengan semua manusia jelek...
Hanya tinggal satu yang ku tahu..
Rupanya Allah menguji aku melalui kamu..
Ditimpanya aku hujan batu beribu..
Diseretnya aku diatas duri semalu..
Ditimpanya aku dengan kongkrit batu..
Yang ganjarannya tidak pernah ku tahu..
Seisi alam juga belum tentu tahu..
NikmatNya melebihi segala kemampuan pengelihatanku..
Menghilangkan segala rasa buntu..
Seolah-olah hatiku telah mulai disambung satu persatu..
Ini antara Dia dan aku..
Supaya ku kembali bersujud kepada DIA YANG SATU..
Supaya aku berasa malu..
Akan segala nikmat yang selalu diberiNya sejak dari dulu..
Ketika aku masih di dalam rahim ibu...