29 December 2013

I-City With Family


Assalamualaikum w.b.t.... Setelah lama meninggalkan blog ini dengan penuh bersawang.. Akhirnya Siti kembali dengan entry terbaru.. Takde baru mana punn..hihihi Kali nie Siti just nak kongsi gambar Siti holiday ngan family tersayang .. Cuti sem nie jelah boleh spend time ngan family.. Nie waktu cuti sem yang lepas before masuk sem 3.. Okeylah malas nak taip panjang-panjang.. ^_^

(Snap..Snap..Snap..)

(We're family..)

(Nie lerr jadinya bila semua adik-beradik berkumpul..)

(Smile.. Kata abang mie aku..hikhikhik)

(Tiga bongsu..lalalala)


AreQue : Spend time together with family.. Tapi abang aku a.k.a abe lie aku sorang jerr takde coz pergi panjat gunung ngan kengkawan dia.. Hampeh betol.. ^^_

16 April 2013

Sukarnya Memaafkan


Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan...
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah...
Hati kita tak kan terpisah
Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

AreQue : Maybe it's hard to forgive.. But to trust again is more hardest..!! {-_-}



05 April 2013

Study...Revision...Test... Assignment...Project...


Assalamualaikum w.b.t...
Okeh minggu nie tak sempat nak bukak blog pun coz banyak sangat test (Banyak sangat la kann).. Tapi boleh la dari takde..hurm Minggu nie assignment berlambak giler.. English , management and tak termasuk lagi untuk project programming yang kena buat program bagai termasuk la coding-coding semua.. Mata macam da nak naik juling jew coz hari-hari nak kena hadap coding tapi ok la dah amek course IT sangat kann.. Nie kalau Siti bagitau akak Siti yang subjek programming susah nanti dia akan cakap "Alah aku dulu pun amek IT jugak and lagi susah dari kau.. Belajar nie nak tak nak jew.. Kalau kita pikir susah, susah la jadi dia and lau pikir senang, senang la jadinya.. Belajar nie...bla...bla...bla...".. Kalau taip semua konfem terkeluar semua keyboard lappy Siti..huhuhu Sekarang da masuk bulan 4 and tak lama lagi nak final plak.. Harap-harap sem 2 Siti berakhir dengan jayanya.. Hopefully takde subject yang kena repeat..hihi  Aja-aja fighting..!!

(Life as a student)

AreQue : Akak Siti cakap Siti banyak main-main.. Tak serious dalam study.. Belajar macam nak tak nak jew.. Dia tak tau ker Siti dah macam dalam gambar kat atas..huhuhu {^_^}

25 March 2013

Kahwin Muda


Assalamualaikum w.b.t.. Post kali just nak cakap pasal kahwin muda coz sekarang nie Siti tengok ramai yang kahwin muda especially remaja umur diantara 16 hingga 18 tahun pun dah kahwin.. Rase macam balik zaman dulu.. Yela orang-orang dulu kan kahwin awal.. Masuk jew umur 12 or 13 tahun da kahwin.. Kahwin muda nie tak salah bagi Siti and ustaz yang datang ceramah kat kolej Siti pun cakap tak salah coz ianya dapat mengelakkan maksiat dari berleluasa tapi dah betol-betol bersedia kew pasangan nie nak melangkah kew alam perkahwinan.. Perkahwinan nie bukan sekadar main-main jew tapi jugak melibatkan masa depan kita.. Banyak cabaran untuk pasangan yang kahwin muda nie especially dari segi kewangan nak-nak lagi yang kahwin masa tengah study.. Kahwin muda nie ada kebaikan dia and ada gak keburukan dia.. Kalau kita niat baik, baik la jadinya and kalau niat lain, lain la jadinya.. Ia bergantung atas diri kita jugak.. Keburukan tu maybe sebab kita tak betol-betol bersedia nak kahwin bak kata lain tak matured (matang) la.. Mungkin bila ada salah sikit walaupun problem tu just kecil jew mula nak perbesar-besar.. Padahal benda tu small matter jew.. So, jalan terakhir yang diambil ialah menamatkan perhubungan dengan penceraiaan.. Sepatutnya bila berlaku pergaduhan nie bawak la berbincang.. Di sini la akal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah.. Bila akal dah matang dalam membuat keputusan, hal-hal macam nie takkan berlaku dalam rumahtangga.. Pasangan kapel yang kononnya tak bleh berpisah tu baik kahwin jew bagi Siti daripada ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah.. Tapi macam kawan Siti cakap dia nak kahwin tapi family tak bagi.. Hurm.. Rumit jugak kalau jadi macam nie kann.. So, dah jadi tanggungjawab ibu bapa plak untuk merestui anak mereka nie.. Dari jadi benda tak baik yang boleh mengaibkan keluarga baik bagi kahwin jew.. Remaja skang nie bukan macam dulu dah coz semua benda nak ikut kepala masing-masing.. Bukan nak cakap Siti nie baik sangat coz Siti pun kadang terbabas gak dalam membuat sesuatu tindakan or keputusan.. Tapi just nak share apa yang Siti rasa pasal isu kahwin muda nie.. Siti nak cakap panjang-panjang pun Siti tak kahwin lagi and umur pun baru  nak masuk 20 tahun.. Kawan-kawan Siti pun ramai jugak yang dah kahwin and kebanyakannya ramai yang bahagia and dah ada anak da pun.. Macam Siti cakap tadi la semua bergantung atas diri kita sendiri.. Kalau dah rasa bersedia untuk kahwin tu baik kahwin jew senang.. Ops lupe plak nak cakap yang lecturer Siti penah bagitau yang pompuan nie paling lambat untuk berkahwin pun dalam umur 25 tahun coz lebih jew 25 tahun dah kira andartu..!!hehe {^_^}

Are Que : Nak petua kebahagiaan rumah tangga just pergi sini.. And untuk pasangan yang kahwin awal nie yang nak dapatkan tips dan cara bagaimana berhadapan dengan ibu bapa just klik sini..

Lata Kinjang (Perak)

Assalamualaikum w.b.t.. Okey hari nie Siti nak share ngan korang tempat berkelah yang menarik ada kat Perak.. Tempat nie tersangat la best coz tak ramai sangat orang.. And bayangkan first korang melangkah masuk da dapat dengar bunyi air terjun yang nyaman lagi menyegarkan minda..hehehe Kenapa nak share pasal tempat nie.? Sebab tempat nie memang best untuk korang yang gemarkan mandi tempat air terjun.. Lagipun Siti da pergi kat tempat nie ngan kawan-kawan Siti before kitorang balik cuti mid sem aritu.. Korang bleh review dulu kat google tengok pasal tempat nie and kebanyakkan feedback yang korang akan dapat positive la coz Siti pun review dulu before pergi.. Tapi bagi Siti tempat nie tersangat la best coz Siti seorang yang gemarkan waterfall..!! ^^_ Segar jew rasa minda nie bila dapat hirup udara segar tanpa air pollution and yang paling penting dapat release stress setelah penat asyik belajar jew..hihihi  Okey la malas nak borak panjang.. Nie ada beberapa keping gambar yang sempat Siti ambil dekat Lata Kinjang aritu.. Just enjoy k..!!

(Dari jauh da nampak air terjun..)


(Just mitos jew k.. So, jangan nak taksub sangat..)

(Waterfall..)



(Jumpe meow nie kat sana.. Kucing hutan kot..)

(Depan pintu masuk..)

(Laluan ke tempat air terjun..)



Are Que : Jangan lupe pergi tau..!!

23 March 2013

Petua Kebahagiaan Suami Isteri



1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
.

Are Que : Just share.. Sharing is Caring.. Credit to facebook..

20 March 2013

Mood mana kau pergi.??

Assalamualaikum w.b.t... Apa khabar semua kengkawan.. Sihat kew tak nie.? Kalau sihat alhamdulillah tapi yang tak berapa nak sihat tu semoga lekas sembuh and jangan lupa makan ubat tau.!! Minggu nie Siti rasa macam kusut sikit coz semua yang Siti buat macam tak menjadi jew.. Bangun pagi-pagi pun macam takde mood jew nak pergi kelas..hurm Tapi dengan usaha yang kental dapat gak Siti pergi kelas menimba ilmu dengan para pensyarah yang tak jemu-jemu memberi ilmu dekat para student macam siti nie.. Tapi ada satu jam kelas Database Siti tak pergi coz mengantuk sangat.. Nak plak kelas Database tu hari isnin, hari first kelas lepas seminggu cuti mid sem.. And kena plak pakai schedule untuk hari rabu.. Pagi tu Siti dah bangun nak pergi kelas English Miss Syahda tapi dah kelas English cancel Siti balik la bilik tidor sampai tak pergi kelas Database Madam Sariah (Sorry madam).. Minggu nie rasa macam kusut sikit mungkin jugak dalam diri Siti nie masih dalam mood bercuti lagi.. Yela kan sebelom nie Siti ada cakap pasal cuti mid sem tu dah lupa kew..hihihi Sebab tu la otak nie macam tepu sangat susah nak terima ilmu..hehehe Nak-nak plak lepas cuti mid sem aritu wifi dekat kamsis Siti nie asyik problem jew memanjang.. Dah la nak update blog pun susah (macam rajin jew kan) nak online lagi la.. Muka buku pun Siti jarang bukak skang nie and mencicit (twitter) pun tak sempat nak jenguk.. Member Siti yang masej kat Siti pun rasa macam malas jew nak reply.. And benda yang paling ketara Siti buat ialah tidor awal.. Memang lepas jew isyak rasa macam mengantuk sangat.. Macam setan bergayut kat mata jew..hohoho Harap-harap mood tue datang la..huhuhu >_< Semoga minggu nie lebih baik dari minggu lepas.. Ops.!! Lupa plak nak ucap gud luck kat semua kengkawan FIB 2C untuk test Economy khamis nie and jugak untuk test Management khamis depan.. Sama-sama la kita berusaha untuk dapat markah lebih baik dari sebelum nie.. Aja-aja fighting..!! Smile.. {^_^}

AreQue : Jom refresh minda kat sini..!!

24 February 2013

Test..Test..Test



Salam sabtu semua.!! Minggu nie adalah minggu test untuk semua student semester 2.. Asyik test jew kann.. Rasanyer macam minggu lepas baru kitorang semua test tapi minggu nie pun ada test lagi.. Biasa la kalau nama pun dah student test, kuiz, exam, and paling penting assignment macam dah jadi makanan kitorang plak.. Tu tak termasuk lagi dengan pratical and project yang kitorang kena buat.. Hurm Penat-penat.!! Awal bulan january rasa macam lama sangat nak test 1 and bila da lepas test 1 dah kena hadap test 2 plak.. Mark for test 1 pun tak dapat lagi.. Apepun kena jugak hadap test untuk subject English,  Management, Programming and termasuklah kuiz Economy.. Bersusah-susah dahulu sebelum celebrate holiday for midsem.. Tak sabar plak nak cuti.. Rasa macam tak cukup jew cuti selama seminggu..hihihi Kena sabar dulu coz seminggu jew lagi nak cuti.. Lepas abiz semua test 2 kitorang boleh balik umah and tidor puas-puas.. Mark for test 1 untuk subject management just cukup-cukup makan jew and harap untuk test 2 nie ada peningkatan la hendaknya.. Orang cakap belajar untuk masa depan tapi kalau tak belajar tak dapat la diploma and kalau tak dapat diploma tak merasa la digree.. Kalau tak merasa degree macam mana nak sambung master or PhD..huhuhu

21 February 2013

Sepasang Suami Isteri Berbangsa Cina

Hari minggu adalah masa yang terbaik untuk keluar jalan-jalan. Tambahan pula untuk beli belah barang keperluan harian. Sambil-sambil keluar tu boleh la jugak rest kan otak yang penat bekerja selama semingggu kan..hehehe Nak dijadikan cerita hari ahad yang lepas Siti keluar pi beli barang dapur ngan kakak Siti kat Tesco Seri manjung. Tesco tu takde la jauh sangat ngan umah kitorang. Lepas beli semua barang dapur kitorang singgah plak dekat kedai buku Popular yang ada atas Tesco tu. Maklumlah adik Siti yang bongsu nak beli buku sekolah dia. Biasanya Siti pantang pergi Popular mesti nak beli buku banyak-banyak especially novel la kan coz Siti nie hantu novel. Tapi hari tu Siti macam takde mood nak beli buku. So, Siti just tunggu depan kedai Popular tu jew sementara adik ngan kakak Siti yang pergi beli buku. Tunggu punya la lama diorang beli buku. Entah apa la sangat buku yang nak dicari tu. Dari luar kedai Siti tengok anak sedara Siti pun bukan main lagi tengah pilih buku cerita kartun dia. Lagak cam orang besar jew walaupun baru umur empat tahun. 

Sambil tengah tunggu diorang beli buku Siti ada Nampak seorang uncle cina nie dia macam tengah tunggu someone jugak la depan kedai Popular tempat Siti berdiri. Bila uncle tu perasan Siti pandang dia. Dia senyum jew dekat Siti and Siti pun senyum la balik dekat dia takkan nak masam plak kan nanti orang cakap kurang ajar plak. Yela kata orang senyum tak perlu kata apa-apa.hehe Beberapa lama lepas tu keluar sorang aunty cina lak ngan sorang budak laki dari kedai Popular tu. Siti agak-agak umur aunty tu dalam 60 lebih camtu la and budak laki tu lak macam berumur antara 12 ke 13 tahun camtu. And diorang keluar ke arah tempat uncle tadi yang Siti citer. Dari gaya diorang Siti bleh agak yang diorang tu suami isteri and maybe budak laki tu anak diorang. Sampai jew dekat uncle tu, budak tadi terus keluarkan buku yang dia beli dari plastic sambil tunjukkan dekat ayah dia maybe. Uncle tu ambik buku dari anak dia sambil tengok-tengok buku tu dia senyum dekat anak dia. Siti tengok gaya macam uncle tue tengah bagi nasihat dekat anak dia maybe tentang pelajaran kot coz Siti pun tak paham sangat bahasa mandarin nie.hihihi And mungkin uncle tu tengah sembang pasal study coz buku yang anak dia beli tu pun buku pelajaran. 

Uncle tu cakap ngan anak dia sambil-sambil tepuk bahu anak dia and anak dia tu pun Siti tengok macam seorang yang jenis dengar kata. Dia hanya angguk kepala jew dengar uncle tu cakap apa. Sebelum beredar aunty tu sempat lagi senyum kat Siti. Uncle tu jalan siap pegang bahu wife dia lagi and anak diorang yang tolong tolak troli barang. So, sweet.!! Nampak macam keluarga bahagia jew diorang tu. Semuanya indah jew bila dah jadi suami isteri. Walaupun umur auncle ngan aunty cina tu dah macam 60an tapi depa still bahagia. Biasa susah nak tengok pasangan yang dah berumur nie mesra-mesra dekat public kan. Sebabnya semua cakap malu la ape la tapi dengan menonjolkan kemesraan yang macam nie la yang dapat mengeratkan lagi sebuah ikatan perkahwinan tu. Harap-harap nanti bila dah kawin dapat suami yang sentiasa romantic sampai ke usia tua bukan setakat romantic di awal perkahwinan jew tapi sampai akhir hayat. Macam tajuk citer Setia Hujung Nyawa..hahaha (  Berangan je lebih ;)  )



17 February 2013

Annual Dinner Semester One 2012 (Part 2)

Sambungan dari part one..hehehe Malam nie tema dia "Fancy Dress".. So takda la susah sangat nak cari dress untuk dinner nie kan.. Tapi satu Ipoh gak la kitorang semua pi cari dress untuk malam tue.. Bukan dress jew tapi termasuklah kasut and accessories yang lain jugak.!! Banyak-banyak tempat kat Ipoh, GM (Greentown Mall) jugak yang jadi pilihan kitorang coz barang dia dikira murah sikit dari tempat lain..And annual dinner malam tue juga adalah sebahagian dari accessment kitorang tau bukan saja suka-suka jew.. Kitorang kena buat nie semata-mata demi dapat distinction untuk subject SOC (Managing Self).. Apepun malam tue memang best coz banyak gak la performance dari student foundation (FIB) sem 1 and nak-nak plak performance "Gangnam Style" dari semua budak laki.. Apepun layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil malam tue.. {^__^}

Tema kitorang malam tue

Some gifts at that night

Performance from each class

My roomate

We without Aten n Unie

Tini and me

Ina and me

Lastly :)

AreQue : Entry nie lama da tinggal dalam peti simpanan.. Just tak post jerr..!! Akhirnya dapat jugak post..  Throw back..^^

30 January 2013

Annual Dinner Semester One 2012 (Part 1)


Jom Gerak..!!

"Fun Beach"


Peaceful..

Macam-macam..

No komen..

Penat sampai tertido dalam bas..

Smile :)

Peace.!!


1 Course 1 Roomate
Sebahagian dari xtvt yang dianjurkan dekat pantai..

Let's begin.!!

Tini takot sangat ngan belon sampai tutup telinga :)

Pose ngan belon pun jadi..hihi

Sebahagian dari budak laki yang terlibat ngan xtvt dekat pantai..

Aku ngan classmate bergambar ngan Madam Siti

Kitorang lagi...!! hehehe

Semua student FIB yang terlibat ngan xtvt dekat pantai..


AreQue : Semoga ukhwah kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat..!!! {^_^}

_____________¶____¶_______________________________ ____________¶¶____¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶¶___¶¶¶______________________________ ___________¶¶___¶¶¶_______________________________ ___________¶¶___¶¶________________________________ ___________¶¶_¶¶__________________________________ ___________¶¶¶____________________________________ ____________¶¶____________________________________ _____________888¶¶________________________________ ____________¶¶¶_8¶¶_______________________________ ____________¶¶¶¶_88¶______________________________ _____________¶¶¶8_88¶_____________________________ _____________8¶¶¶8_88¶____________________________ ______________¶¶¶¶__888___________________________ ______________¶¶¶¶¶_88¶8__________________________ _______________¶¶¶¶¶_88¶8_________________________ ________________¶¶¶¶8_88¶8________________________ ________________¶¶¶¶¶__88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶_88¶________________________ _________________¶¶¶¶¶¶_88¶_______________________ ________________¶¶¶¶¶¶¶8_88¶______________________ ______________8¶88¶88¶¶¶8_¶8¶_____________________ ______________¶¶_8¶¶¶¶¶¶¶_8¶8¶8___________________ ______________8¶8_8¶¶¶¶¶¶¶8¶¶8¶¶__________________ _______________¶¶_8¶¶8¶¶¶¶88¶¶8¶¶8________________ ____________8888¶¶¶¶¶88¶¶8¶88¶¶¶¶8________________ _________8888_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8¶__¶¶¶_________________ ________8_8888__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________________ _______8_888_888___888¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ ______8__8¶8__¶¶8_____88¶¶¶¶¶¶8___________________ _____¶¶8888888__8888____8¶¶¶¶¶¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶88¶8___8¶¶88_8¶¶¶¶¶8¶8__________________ ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8_____________________ _____¶¶¶8¶¶¶¶8__888¶¶888¶¶¶¶¶¶____________________ ______¶¶¶¶888¶8_88¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___________________ _______¶¶¶¶888¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__________________ _______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶8___¶¶¶¶8¶¶¶¶¶¶_________________ ______8¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶88¶¶¶¶¶¶¶¶8_______________ ______¶8¶¶¶¶¶¶¶¶8______¶¶¶¶¶¶8888¶¶8______________ _____8¶8¶¶¶8¶¶¶¶________¶¶¶888__8888¶8____________ ____8¶¶¶¶¶8¶¶¶¶¶________8¶8__88____888¶8__________ ___88_88¶¶¶¶¶¶¶__________88__888______88¶8________ __88______888¶____________8____88________8¶8______

"Aku sentiasa ingat tangan mana yang sambut aku ketika aku jatuh dan aku tak pernah lupa kaki mana yang pijak aku sampai aku jatuh..!!"